PruBSN TakafulLink


atukan Matlamat Kewangan anda untuk
Kebebasan Kewangan Sepenuhnya

Apakah PruBSN TakafulLink?

PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan 
berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda 
mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai 
manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki 
pelan Takaful komprehensif yang dapat membantu anda 
menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda 
berumur di antara 26 hingga 70 tahun.

Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh 
PruBSN TakafulLink?

Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan 
menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan 
setia kami.

Peroleh Bonus Loyalti7
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu


Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat9
tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda
·         Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaatBilik & Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melaluiBonus bagi Tiada Tuntutan (NCB). Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen ko-Takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000
·         Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat berikut:
·         TH Auto Upgrade - Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan
·         TH Annual Limit Waiver - Kini, TH Annual Limit Waiverdisediakanuntuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-Takaful) dalam tempoh satu tahun
·         TH Retirement - Jika anda memilih opsyen deduktibel untuk
·         TH Overseas - Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China dan India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi – Pembedahan berkaitan dengan kanser, Pembedahan saraf, Pembedahan pintasan arteri koronari, Pembedahan injap jantung dan Pembedahan pemindahan organ
Perlindungan untuk penyakit kritikal
Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal
Tingkatkan dana simpanan anda
Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami,Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
Pelihara dana simpanan anda
Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon

7 Tertakluk kepada terma dan syarat
8 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan 
  (PUA) anda
9 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan 
  sumbangan tambahan

Apakah manfaat lazim PruBSN Link Series?

Kematian
Penama anda berhak mendapat:
a.       jumlah perlindungan asas, dan
b.      nilai unit dalam akaun

Untuk pelan PruBSN SmartLink, jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, kadar jumlah perlindungan asas yang akan dibayar adalah seperti berikut:

Umur
1
2
3
4
5 dan ke atas
% Jumlah Perlindungan Asas
20%
40%
60%
80%
100%
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Tertakluk kepada RM4 juta seumur hidup atas jumlah perlindungan
Sebelum mencapai umur 70 tahun, jumlah perlindungan yang dibayar adalah tertakluk kepada jumlah sekali gus maksimum iaitu RM1 juta. Baki jumlah perlindungan akan dibayar pada ulang tahun pertama hilang upaya. Jika meninggal dunia lebih awal, baki sebarang jumlah perlindungan akan dibayar dengan serta-merta bersama dengan nilai unit dalam akaun.
Kematangan
Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila pelan matang
Penyerahan
Nilai unit dalam akaun akan dibayar kepada anda apabila anda menyerahkan sijil anda

Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?

Sumbangan10 perlindungan bulanan minimum untuk PruBSN SmartLink 
ialah RM50 manakala untuk PruBSN FirstLink dan PruBSN TakafuLink 
ialah RM100. Walau bagaimanapun, amaun sumbangan sebenar anda 
akan bergantung kepada yang berikut:
  • umur anda
  • amaun perlindungan anda
  • umur kematangan yang anda pilih
  • status kesihatan anda
  • jantina anda
  • pekerjaan anda (jika berkenaan)

Contoh Jadual Sumbangan
Butiran
Aida
Daniel
Saiful
Umur
23
5
35
Pelan
PruBSN FirstLink
PruBSN SmartLink
PruBSN TakafulLink
Umur Tamat Tempoh
80
25
100
Status Kesihatan
Bukan perokok
Bukan perokok
Perokok
Pekerjaan
Eksekutif
Kanak-kanak
Pengurus
Jumlah Perlindungan11
RM66,000
RM36,000
RM60,000
Kekerapan pembayaran
Bulanan
Bulanan
Bulanan
Amaun sumbangan
RM100
RM50
RM100

10 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit 
Perlindungan (PUA) anda
11 Ini adalah perlindungan minimum berdasarkan Sumbangan 
Perlindungan

Bagaimanakah PruBSN Link Series berfungsi?

PruBSN Link Series adalah berdasarkan model wakalah Bil Ajr 
di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun 
anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai 
caj wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kami sediakan. 
Perlindungan takaful adalah daripada potongan Tabarru’ anda 
yang kami tempatkan dalam Dana Tabarru'.

Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN Link Series?

Butiran caj wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis caj
Butiran caj
Caj wakalah pendahuluan
Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan12 di bawah adalah berdasarkan sumbangan13 perlindungan anda.

Tahun sijil
1
2
3
4
5 & 6
7 dan ke atas
Caj wakalah pendahuluan
60%
60%
50%
30%
20%
0%

Untuk Takaful Saver, caj wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tahun sijil.
Caj perkhidmatan
·         Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.
Caj pengurusan asset
·         Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada kadar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
Takafulink Dana Bon 0.5% setahun
Takafulink Dana Urus 1.3% setahun
Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun
Caj penambahan
·         Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.
Caj menukar ganti dana
·         Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganit ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).
Tabarru'
·         Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), jumlah perlindungan dan tempoh perlindungan

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%14 daripada lebihan
yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%14 
dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'. 
Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula 
ke dalam PUA anda.

12 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. 
Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun. 
Ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan 
untuk maklumat yang lebih terperinci.
13 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam 
Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
14 Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan akan ditentukan 
setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada kedua-dua 
Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential 
BSN Takaful Berhad