Monday, January 30, 2012

Latar Belakang PruBSN

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah ditubuhkan melalui gabungan 
Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kedua-dua
 buah syarikat adalah sangat kukuh di dalam bidang masing-masing.
 Pada awal tahun 2006, Bank Negara telah memberikan kelulusan kepada PruBSN
 untuk menjalankan urusniaga Takaful.


Prudential diasaskan pada tahun 1848. dan ia bermula sebagai sebuah syarikat
yang menerajui bidang perkhidmatan insurans nyawa dan pencen di United Kingdom.
 Kini, ia merupakan salah satu kumpulan syarikat perkhidmatan kewangan yang terbesar
 di dunia. Jenama Prudential telah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun melalui 
Prudential Assurance. BSN pula ditubuhkan pada tahun 1974, kini, ia mempunyai 
9 juta pemegang akaun, 5,100 kakitangan serta lebih daripada 400 rangkaian 
cawangan di seluruh Negara. BSN merupakan sebuah badan berkanun di bawah 
pengawasan Kementerian Kewangan.
Gabungan keduanya mewujudkan asas yang kukuh untuk PruBSN,
atas sebab Prudential Assurance mempunyai kepakaran dalam bidang 
pengedaran agensi dan BSN memiliki imej korporat yang membanggakan.
 Jenama dan identiti menyerlah kedua-dua syarikat telah mewujudkan peluang
besar untuk PruBSN mencapai perkembangan yang pesat di dalam Industri Takaful 
di negara ini.


Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan menepati peraturan 
Shariah bertaraf nasional. Kami juga ingin menyemai kepentingan nilai keluarga serta 
semangat bersatu di kalangan kakitangan, rakan perniagaan dan para pelanggan,
kerana di PruBSn, Kami Memahami, Kami Prihatin.


PruBSN merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian Takaful yang inovatif 
dan dinamik di kalangan industri Takaful di Malaysia. PruBSN merupakan pembekal 
Takaful yang pertama yang menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan; yang 
pertama telah memulakan pelan perubatan menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan;
 pembekal Takaful pertama yang menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 
bagi pelan-pelan perubatan melalui produk Takaful Kesihatan; yang pertama 
menawarkan tawaran peningkatan 5% di dalam jumlah yang dilindungi setiap 
3 tahun melalui pelan pelindung tambahan dan pembekal Takaful pertama 
yang menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan 
kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.


Sejak permulaan PruBSN, kami telah terlibat dalam perkongsian dengan institusi
 Perbankan tempatan untuk mencapai pengagihan yang lebih besar bagi membolehkan 
kami untuk berkhidmat dan memasarkan produk kami kepada awam. Sehingga kini, 
PruBSN telah menjadi rakan kongsi dengan Bank Simpanan Nasional, 
Affin Bank Berhad, Amanah Raya, Tabung Haji dan Bahagian Pinjaman Perumahan.

Dengan kehadiran jenama yang kuat dan servis kewangan yang inovatif yang 
ditawarkan oleh PruBSN, jumlah pelanggan kami pada masa kini telah 
melebihi 440,000 pelanggan.
Kenyataan Visi & Misi PruBSN


Visi

Menjadi Penyedia Perkhidmatan Kewangan Menepati
Peraturan Shariah Bertaraf Nasional.

Kenyataan Misi


  • Mewujudkan budaya inovasi yang mampu 
          menarik, membangun dan mengekalkan

          sumber manusia yang berbakat.

  • Mewujudkan suasana pekerjaan yang 
          dinamik, progresif dan positif.

  • Sentiasa meningkatkan dan mempertahankan 
          mutu pada produck dan perkhidmatan.
  • Bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan 
          di luar jangkaan pelabur.




Teras PruBSN
Boleh dipercayaiBertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam soal kerja dan peribadi.
HormatMenghormati sesama insan dan menjalinkan hubungan mesra.
MemahamiPara pelanggan dan kakitangan sentiasa diutamakan.
SenyumMempunyai sikap positif dan senyum selalu.
BekerjasamaBersikap tolong menolong dan menghulurkan bantuan tanpa diminta.

No comments:

Post a Comment