PruBSN SmartLink


Pelan Bijak Untuk Masa
Hadapan Anak Anda

Apakah PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink adalah satu pelan 
sumbangan berkala berkaitian-pelaburan 
yang direka untuk menyediakan perlindungan 
serta membina dana pendidikan yang kukuh 
untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan
 kecemerlangan akademik anak anda melalui 
manfaat uniknya, Bonus EduSmart

Dengan sumbangan minimum berjumlah 
RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini 
disediakan untuk anak anda yang berumur 
di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink 
adalah fleksibel di mana anda boleh memilih 
sama ada pelan tersebut matang apabila anak 
anda mencapai 25 tahun atau anda boleh 
melakukan perancangan masa hadapan supaya 
ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh 
PruBSN SmartLink?

Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui 
PruBSN SmartLink.
Anugerah kecemerlangan akademik
Cemerlang dalam pembelajaran anda dan kami akanMENGANUGERAHKAN anda dengan Bonus EduSmart4. Lebih tinggi sumbangan anda dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.
Peperiksaan
Anugerah
(% daripada sumbangan perlindungan tahunan)
Pembayaran4
(RM)
Pencapaian Minimum yang Diperlukan
UPSR
50%
600
5A
PMR
100%
1,200
7A
SPM
150%
1,800
8A
STPM or STAM
150%
1,800
4A
Diploma atau Ijazah
200%
2,400
3.5 PNGK atau Kelas Pertama
* Contoh pembayaran untuk sumbangan5 perlindungan tahunan berjumlah RM1,200
Peroleh Bonus Loyalti4
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan5 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu
Pilihan pengeluaran dana
Anda boleh membuat pengeluaran daripada dana pendidikan untuk menampung perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Ini termasukBonus Loyalti dan Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) yang telah dikumpulkan.

4 Tertakluk kepada terma dan syarat
5 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit 
   Perlindungan (PUA) anda

Bagaimana untuk meningkatkan lagi perlindungan
 PruBSN SmartLink anda?

Untuk mengukuhkan lagi pelan, manfaat6 tambahan berikut boleh 
disertakan untuk mendapat perlindungan tambahan.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
·         Sertai Takaful Health2 kami yang inovatif untuk perlindungan kemasukan ke hospital yang menyeluruh dan pembedahan yang memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan jika anda tidak membuat tuntutan untuk tahun tersebut
·         Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Coveruntuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital
Memastikan perlindungan yang berterusan
·         Pilih daripada pelbagai rider penyumbang yang akan membayar sumbangan masa hadapan anda jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa
·         Anda boleh memilih untuk mendapatkan Joint Contributor yang baru diperkenalkan yang melindungi anda dan pasangan anda bagi memastikan bahawa anak anda terus mendapat perlindungan
Bina dana pendidikan anak anda
·         Bina dana pendidikan anak anda dengan menyertakan Takaful Saver dan laburkannya dalam dana terurus kami, Takafulink Dana Urus
·         Untuk mengukuhkannya lagi, sertakan mana-mana rider Takaful Saver Contributor kami bagi memastikan dana pendidikan anak anda terus meningkat walaupun anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa
6 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan