Monday, January 30, 2012

Latar Belakang PruBSN

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah ditubuhkan melalui gabungan 
Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kedua-dua
 buah syarikat adalah sangat kukuh di dalam bidang masing-masing.
 Pada awal tahun 2006, Bank Negara telah memberikan kelulusan kepada PruBSN
 untuk menjalankan urusniaga Takaful.


Prudential diasaskan pada tahun 1848. dan ia bermula sebagai sebuah syarikat
yang menerajui bidang perkhidmatan insurans nyawa dan pencen di United Kingdom.
 Kini, ia merupakan salah satu kumpulan syarikat perkhidmatan kewangan yang terbesar
 di dunia. Jenama Prudential telah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun melalui 
Prudential Assurance. BSN pula ditubuhkan pada tahun 1974, kini, ia mempunyai 
9 juta pemegang akaun, 5,100 kakitangan serta lebih daripada 400 rangkaian 
cawangan di seluruh Negara. BSN merupakan sebuah badan berkanun di bawah 
pengawasan Kementerian Kewangan.
Gabungan keduanya mewujudkan asas yang kukuh untuk PruBSN,
atas sebab Prudential Assurance mempunyai kepakaran dalam bidang 
pengedaran agensi dan BSN memiliki imej korporat yang membanggakan.
 Jenama dan identiti menyerlah kedua-dua syarikat telah mewujudkan peluang
besar untuk PruBSN mencapai perkembangan yang pesat di dalam Industri Takaful 
di negara ini.


Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan menepati peraturan 
Shariah bertaraf nasional. Kami juga ingin menyemai kepentingan nilai keluarga serta 
semangat bersatu di kalangan kakitangan, rakan perniagaan dan para pelanggan,
kerana di PruBSn, Kami Memahami, Kami Prihatin.


PruBSN merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian Takaful yang inovatif 
dan dinamik di kalangan industri Takaful di Malaysia. PruBSN merupakan pembekal 
Takaful yang pertama yang menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan; yang 
pertama telah memulakan pelan perubatan menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan;
 pembekal Takaful pertama yang menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 
bagi pelan-pelan perubatan melalui produk Takaful Kesihatan; yang pertama 
menawarkan tawaran peningkatan 5% di dalam jumlah yang dilindungi setiap 
3 tahun melalui pelan pelindung tambahan dan pembekal Takaful pertama 
yang menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan 
kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.


Sejak permulaan PruBSN, kami telah terlibat dalam perkongsian dengan institusi
 Perbankan tempatan untuk mencapai pengagihan yang lebih besar bagi membolehkan 
kami untuk berkhidmat dan memasarkan produk kami kepada awam. Sehingga kini, 
PruBSN telah menjadi rakan kongsi dengan Bank Simpanan Nasional, 
Affin Bank Berhad, Amanah Raya, Tabung Haji dan Bahagian Pinjaman Perumahan.

Dengan kehadiran jenama yang kuat dan servis kewangan yang inovatif yang 
ditawarkan oleh PruBSN, jumlah pelanggan kami pada masa kini telah 
melebihi 440,000 pelanggan.
Kenyataan Visi & Misi PruBSN


Visi

Menjadi Penyedia Perkhidmatan Kewangan Menepati
Peraturan Shariah Bertaraf Nasional.

Kenyataan Misi


  • Mewujudkan budaya inovasi yang mampu 
          menarik, membangun dan mengekalkan

          sumber manusia yang berbakat.

  • Mewujudkan suasana pekerjaan yang 
          dinamik, progresif dan positif.

  • Sentiasa meningkatkan dan mempertahankan 
          mutu pada produck dan perkhidmatan.
  • Bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan 
          di luar jangkaan pelabur.




Teras PruBSN
Boleh dipercayaiBertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam soal kerja dan peribadi.
HormatMenghormati sesama insan dan menjalinkan hubungan mesra.
MemahamiPara pelanggan dan kakitangan sentiasa diutamakan.
SenyumMempunyai sikap positif dan senyum selalu.
BekerjasamaBersikap tolong menolong dan menghulurkan bantuan tanpa diminta.

Monday, January 23, 2012

PRULink BSN Takaful

Dengan menyertai pelan Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan di Prudential BSN Takaful Berhad ( PBTB ), anda akan ditawarkan Pelan Jaminan Perlindungan Kewangan yang terbaik dari Takafulink. Satu pakej yang paling lengkap untuk anda atau keluarga anda.

Simpanan Anda, Pasangan Anda atau Simpanan Pendidikan Anak anda akan dilabur melalui pembelian unit-unit dana Takafulink yang berkualiti tinggi serta mematuhi prisip Syariah dan dipantau oleh Komiti Syariah PBTB dengan kawalan dari Bank Negara Malaysia. Rujuk di akhbar harian atauwww.prubsn.com.myuntuk mengetahui harga terkini bagi setiap dana. Simpanan jangka panjang hanya dari serendah RM3.33 sehari.

Anda akan mendapat kemudahan Takaful MediAssist (‘Medical Card’ yang pertama dalam industri Takaful – kemudahan kemasukan ke Hospital Pakar secara ‘express’) untuk sebarang jenis penyakit atau kemalangan (tertakluk pada terma dan syarat – rujuk kepada Wealth Planner anda). Ia pasti akan memenuhi keperluan hospital anda atau keluarga sepenuhnya sehingga umur 70 tahun.

Kebanyakan majikan memberikan kemudahan perubatan sehingga umur anda 55 tahun atau selagi anda masih bekerja sahaja, apabila anda bertukar majikan sudah tentu anda perlu memohon pelan yang baru, itu pun jika anda masih sihat dan pada masa itu sudah tentulah nilai caruman lebih tinggi dari sekarang.

Kos rawatan di Hospital Pakar dibayar oleh PBTB dengan peruntukan minimum dari RM500,000.00 sepanjang polisi dan jumlah tuntutan dari RM50,000.00 setahun (atau yang paling tinggi RM1,500,000.00 sepanjang polisi dengan tuntutan RM150,000.00 setahun) - Limit yang paling tinggi untuk Pelan Takaful di Malaysia. Hanya pelan ini yang anda perlukan untuk sepanjang hidup anda.

*Kadar bilik wad dari RM100.00 hingga RM400.00 sehari.
*Elaun Hospital dari RM200.00 sehingga RM400.00 sehari (ini penting terutama kepada anda yang bekerja sendiri)
*Elaun ICU sehingga RM800.00 sehari - Hanya Prudential menyediakan manfaat ini.
*Elaun Bedah sehingga RM12,500 bagi setiap prosedur pembedahan - Hanya Prudential menyediakan manfaat ini.
*Had tahunan yang tinggi.
*Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).
*Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
*Jaminan pembaharuan dan dijamin serta ketidakbatalan portfolio.
*Tiada jadual pembedahan yang terhad.
*Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.
*Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.
*Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).
*Penjagaan jururawat di rumah.
*Pembedahan balik hari.
*Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
*Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang berdasarkan had tahunan.
*Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan dari SOS International.
*Bukan "3rd Party Medical Card" - Segala proses tuntutan diuruskan sendiri oleh Prudential dan tidak melibatkan syarikat pihak ketiga.

Elaun hospital akan dibayar setelah anda keluar hospital. Bayaran kos hospital tidak akan menjejaskan jumlah/nilai yang telah anda carumkan. Untuk elaun hospital dan elaun cuti sakit, bayarannya tidak melibatkan nilai wang caruman atau nilai ‘Medical Card’ anda.

Faedah perlindungan 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya Kekal, bayaran sekaligus akan dibuat mengikut pilihan anda dan ‘Auto Saving' bermula. Pilihan dibuat untuk mengurangkan beban tanggungan semasa pencarum dijangkiti salah satu dari 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya Kekal.

Pampasan Kematian biasa atau akibat kemalangan, bayaran sekaligus akan dibuat bersama keuntungan dari unit-unit simpanan/pelaburan serta RM2,000.00 khairat kematian.

Faedah perlindungan ‘Personal Accident’ di mana-mana sahaja sama ada di jalan raya, di rumah, di tempat kerja atau di sekolah bagi anak-anak anda. Tuntutan bayaran bil rawatan sehingga RM2,000.00 bagi setiap kes kemalangan yang tidak dimasukkan ke wad termasuk kemalangan kecil (Tuntutan ini tidak mengganggu nilai caruman atau nilai ‘Medical Card’ anda).

Elaun Cuti Sakit (M.C. – disebabkan kemalangan) dibayar sekurang-kurangnya dari RM100.00 sehingga RM1,400.00 seminggu (bergantung kepada pilihan anda – berdasarkan nilai gaji/pendapatan tahunan dan kelas pekerjaan anda, ini penting terutama kepada anda yang bekerja sendiri)

‘Auto Saving’ ( Contributor Benefit ), sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal, anda tidak perlu lagi membuat caruman. PBTB akan menggantikan caruman untuk anda sehingga umur 80 tahun! Sekiranya keluarga di bawah tanggungan anda mempunyai Pelan Takafulink, mereka juga tidak perlu lagi membuat caruman yang akan datang, PBTB akan menggantikan caruman untuk mereka.

Untuk anak anda pula yang mempunyai Pelan Takafulink juga, sekiranya berlaku perkara tersebut ke atas diri anda, PBTB akan menggantikan carumannya sehingga umur 25 tahun! Walaupun anda tidak perlu lagi membuat caruman, kemudahan ‘Medical Card’ dan manfaat-manfaat sampingan diteruskan sehingga umur 70 tahun. Simpanan terjamin, kemudahan diteruskan!

Takaful Puteri - Pelbagai manfaat perlindungan dan pampasan khusus untuk wanita serta bayi. Manfaat penjagaan Ibu dan bayi. Sebagai persediaan kepada wanita muda yang bercadang untuk mendirikan rumahtangga. Pilihan boleh dibuat dari Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus.

Sijil Takafulink Fleksibel, sangat fleksibel!!... anda boleh memilih mana-mana yang anda mahu, sama ada mahu simpanan atau perlindungan yang lebih. Anda boleh membuat pengeluaran tunai pada bila-bila masa! Tiada tempoh matang untuk pengeluaran tunai. (untuk mendapat kemudahan ini pastikan Nilai Tunai anda melebihi RM4,000.00... contohnya, di dalam akaun anda ada RM10,000.00. Anda boleh keluarkan RM6,000.00 untuk sebarang kegunaan – minimum pengeluaran adalah RM1,000.00).

Dengan Pelan Takafulink dari PBTB yang sangat fleksibel, pastinya sijil anda tidak akan ‘laps’, walaupun anda tidak membuat caruman untuk beberapa bulan tetapi semua manfaat dari pelan anda diteruskan seperti biasa!. Caruman anda akan ditampung dengan keuntungan dari skim Simpanan Berpelaburan anda. Inilah perbezaan yang paling ketara di antara pelan Takafulink dari PBTB dengan kebanyakan ‘medical card stand alone’.

Takaful Saver - Satu rider untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi di bahagian simpanan anda bagi tempoh jangka masa panjang. Anda boleh menambah Takaful Saver pada bila-bila masa mengikut keperluan anda. Caruman di bahagian Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit saham berupa Unit Amanah yang berkualiti tinggi.

Faedah Persaraan, ini akan menjadi sebagai faedah untuk persaraan hari tua anda. Dari Pakej Simpanan dan Pelaburan, anda tidak perlu risau tentang persaraan anda kelak terutama kepada anda yang bekerja sendiri dan tidak membuat sebarang simpanan atau caruman di KWSP (samada anda menggunakan ‘Medical Card’ atau tidak, simpanan dan keuntungan dari pelaburan anda tetap tidak terusik).

Dengan ‘profit sharing’ yang berkonsepkan mudharabah, pasti keuntungannya lebih tinggi dari simpanan biasa. Semestinya simpanan anda tidak hangus!

Dapatkan perlindungan yang menyeluruh hanya dari Prudential BSN Takaful Berhad.

KENAPA ANDA PERLU INSURANS!!!

Assalamualaikum...
apa kabar semua sahabat2...sehat kah anda semua??
sebelum membuka bicara lebih baik kita fikir sejenak.....
Adakah anda sudah mempunyai perancangan kewangan atau simpanan untuk masa depan bagi menjamin makan minum keluarga anda.....???

Dalam PRULINK Takaful kami sedia membantu anda dlm memberi nasihat atau perkhidmatan tentang simpanan masa depan anda yg lebih terjamin...

Pernah kah anda terpikir untuk MATI AWAL?? Sudah semestinya semua org tidak mahu dirinya mati terlalu awal,tetapi statistik ada mengatakan bahawa 1 daripada 4 org tidak sempat menjangkau usia 60 thn....
pada ketika itu,sudah kah anda menyediakan kewangan yg cukup untuk keluarga anda bagi menghadapi ranjau dlm kehidupan yg semakin hari semakin mencabar kuasa kewangan anda?? oleh itu PRULINK Takaful ada menyediakan pelan yg mana anda boleh menyimpan minimum RM100 sebulan untuk jangka masa tertentu mengikut persetujuan anda, dan anda boleh mengeluarkan simpanan anda jika perlu tanpa sebarang interest. Dalam pelan ini anda akan diberi perlindungan sekiranya berlaku malapetaka atau musibah keatas diri anda seperti penyakit kritikal,kemalangan,kematian,dan sebagainya... Simpanan anda akan anda perolehi selepas sijil takaful anda matang bersama dividen.

Untuk perancangan pendidikan anak anda pula anda juga boleh memulakan perancangan tersebut selepas anak berusia 1 hari sehingga 18thn iaitu tahap maximum anak anda boleh menyertai plan takaful ini...
Dengan menyertai pelan ini anda boleh menyimpan minimum RM100 untuk anak anda dan anda sebagai pembayar kepada anak anda. Sekiranya berlaku apa2 musibah keatas anda sebelum tempoh matang pelan tersebut seperti kecederaan kekal atau kematian,anda tidak perlu lagi menyimpan kedalam pelan tersebut sehingga pelan tersebut matang kerana ianya dilindungi oleh pihak Prudential. Sekiranya anak anda ditimpa musibah,anak anda juga turut dilindungi.

Para sahabat sekalian, kita sekarang perlu lah sedar bertapa pentingnya PruBSN Takaful untukDIRI,ANAK-ANAK, dan juga KELUARGA. Ianya hanya dlm bentuk simpanan tetapi simpanan yg mempunyai perlindungan diri dlm jangka masa yg panjang...

Di sini saya senaraikan 5 KEUTAMAAN ANDA DI MASA SEKARANG:

1. MATI TERLALU AWAL

2. HIDUP TERLALU LAMA

3. HIDUP SENGSARA

4. MASA DEPAN ANAK-ANAK

5. PENGUMPULAN KEKAYAAN

Dari 5 KEUTAMAAN di atas,anda cuma perlu memilih SATU shja...

Sekiranya ada sudah membuat pilihan yg BIJAK, hubungilah saya dan saya insya'allah sedia memenuhi pilihan BIJAK anda. 

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PruBSN TAKAFUL, ANDA BOLEH HUBUNGI ATAU MENHANTAR SMS:-
0196747816 (kaza) - 24hour
0133242088 (mira)

Wednesday, January 18, 2012

PRULINK TAKAFUL

Perbezaan utama antara takaful dengan insurans adalah pada kontraknya.

Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak derma. Daripada kontrak jual-beli insurans inilah yang melahirkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba, yang membawa kepada fatwa haram. Alternatif kepada insurans adalah takaful, yang menggunakan kontrak derma untuk mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba tadi. Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan secara ilmiah dan akademik berkenaan hukum hakam insurans dan takaful, kerana saya bukanlah pakarnya.
Untuk mendapatkan maklumat secara ilmiah tentang perkara ini, boleh rujuk perkara ini di blog Ustaz Zaharuddin: http://www.zaharuddin.net/

Takaful dan insurans sama?

Takaful hanya tukar nama sahaja, yang lain-lain semua sama sahaja dengan insurans konvensional”,kata seorang ejen “takaful” konvensional.

Sistem Takaful bukan menjawab persoalan pengharaman insurans. Sistem takaful hanya meniru struktur dan format insurans konvensional from A to Z dan ubah istilah bahasa Arab & guna aqad derma. Itu saja.”, dipetik daripada sebuah laman forum kewangan.

“Bagi orang Melayu pada masa itu, insurans merupakan satu ‘benda baru’ untuk mereka dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ini telah membuatkan mereka membuat pelbagai tanggapan salah mengenai Life Insurans dengan mengaitkan Life Insurans sebagai satu jual-beli nyawa atau jual-beli pampasan”, tulis seorang perunding kewangan di dalam artikelnya.
Jadi di manakah sebenarnya perbezaan insurans dan takaful?

Adakah benar bahawasanya insurans dan takaful sebenarnya menggunakan sistem yang sama?
Betul, insurans yang ada hari ini berasal daripada Barat. Insurans yang pertama dipercayai wujud adalah insurans perkapalan. Ia berasal daripada Eropah pada zaman pedagang-pedagang Inggeris belayar menggunakan kapal. Kapal-kapal ini terdedah kepada pelbagai musibah seperti lanun, karam, ribut, tsunami dan lain-lain. Maka daripada situ, mereka berpakat dan timbullah istilah insurans dan dimodenkan sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Sistem takaful yang ada sekarang mengguna sistem pengiraan yang sama dengan apa yang ada di dalam insurans yang telah dimodenkan tersebut.

“Jadi, betullah takaful ini berasal daripada insurans?”, ada pula yang berkata begitu.
Oh, tidak semestinya begitu kesimpulannya. Dari segi sejarah Islam juga, sistem yang sama telah diguna pakai pada zaman dahulu oleh pedagang-pedagang Arab. Jika di Eropah, para pedagang menggunakan kapal, pedagang Arab turut menggunakan kapal. Bukan kapal laut, tetapi kapal padang pasir; unta!
Mereka juga terdedah kepada pelbagai musibah seperti perompak, ribut padang ipasir, dan sebagainya. Maka daripada situ, mereka berpakat untuk berkongsi risiko, dan timbullah istilah “takaful”. Cuma takaful yang diamalkan oleh mereka tidak melalui proses pemodenan sebagaimana proses pemodenan insurans tadi. Justeru, apabila takaful yang ada hari ini diwujudkan, ia menggunakan sistem yang telah lama wujud di dalam sistem insurans. Sistem takaful akan menilai dan hanya menerima perkara-perkara yang dibenarkan syarak sahaja. Sebagai contoh sistem pengiraan premium dan sistem ejensi.

Sebarang unsur yang tidak menepati kehendak syarak, akan dicari alternatif atau dibuang.
“Jadi, ini menunjukkan takaful menggunakan sistem yang sama! Maka tiada bezanya kita menggunakan insurans atau menggunakan takaful”, nampaknya masih tidak puas hati.
Mungkin penerangan sebelum ini masih ilmiah. Jika begitu, saya mengambil analogi yong-tau-fu.
Ya, yong-tau-fu.
Yong-tau-fu adalah makanan masyarakat Cina. Menu asal Yong-tau-fu adalah tauhu yang dicampurkan dengan kuah pati ikan atau khinzir. Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Yong_tau_foo
(nota: saya tidak pasti terjemahan untuk “meat paste of fish and pork” yang terdapat di dalam wikipedia, yang saya terjemahkan sebagai kuah pati ikan atau khinzir)
Hari ini menu ini sudah berubah dengan pelbagai bahan-bahan lain, seperti telur, sayur, sosej, dan sebagainya.

Sekiranya yong-tau-fu asal haram dimakan oleh orang Islam, kerana kandungan menunya adalah kuah pati khinzir, adakah ia masih haram sekiranya tiada lagi unsur tersebut?
Yong-tau-fu tidak boleh dimakan bukan kerana namanya yong-tau-fu. Sekiranya ia ditukar nama kepada “yong-tau-fu Halal”, atau “yong-tau-fu Islam”, atau “yong-tau-fu Ahmad”, ia masih lagi belum cukup syarat halal sekiranya ia masih menggunakan kuah pati khinzir!
Begitulah juga halnya dengan takaful dan insurans.

Fungsi insurans dan takaful adalah sama, iaitu untuk memberi perlindungan. Yang membezakan bukanlah premiumnya, bukanlah proses underwritingnya, atau juga bukanlah berapakah jumlah pampasannya. Atau juga bukanlah komisennya.

Ada beberapa perkara yang sama, dan ada beberapa perkara yang tidak sama. Asasnya ia dibezakan dengan kontrak yang mewujudkan takaful ataupun insurans. Yang ada unsur haram itu; riba, judi dan ketidaktentuan. Takaful halal bukan kerana namanya takaful, dan insurans adalah haram bukan kerana namanya insurans.


Faedah sebagai Agen. INSURANS SEPANJANG HAYAT


SERTAI  KAMI !!
AGENT DIPERLUKAN DI KL/SGOR,
1)Sertai Agensi Kami : PRUACTION TEAM
2)Produk Komprehensif-Investment/Medical Card/Protection
3)Tranning Lengkap dan FREE
4)Panduan hingga berjaya
5)Komesyin Tinggi...
6)Melancong Luar/negeri...

Bagaimana menjadi Agen. INSURANS SEPANJANG HAYAT
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.
Permohonan Agent baru

1. Syarat Kelayakan (minimum)
* Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
* Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
* Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)

2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan agent baru
* Melengkapkan borang permohonan asal (Fax tidak dibenarkan)
* Sijil Akademik (min SPM/MCE dengan 5 subjek lulus)
* Salinan IC (depan / belakang)
* 8 salinan gambar berukuran passport (tulis nama dan no IC dibelakang setiap keping gambar)
* Selection Interview Sheet
* Borang pendaftaran LIAM yang lengkap dan Yuran LIAM sebanyak RM 35.00
* Sijil PCE & CEILLI atau slip keputusan peperiksaan. Buku rujukan PCE dan CEILLI, klik sini
* Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic & Conduct yang lengkap diisi
* Borang Auto Pay
* Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Agent Sepenuh Masa (full time) perlu menghantar salinan surat perletakkan jawatan daripada syarikat terdahulu

3- Latihan (Training)
** Latihan yang bermutu akan diberikan secara percuma untuk yang berminat.

 
UNTUK YANG BERMINAT ATAU MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PRODUCT ATAU PRUACTION TEAM, ANDA BOLEH HUBUNGI ATAU MENHANTAR SMS:-
 0196747816 (kaza) - 24hour
 0133242088 (mira) 

Di Mana Syurgamu wahai Suami?

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.
Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ”(QS. 30:21)
Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia
“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”
Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.
Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.
Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?
Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”.(Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.
Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.


Sumber: http://www.ataphijau.com/

Friday, January 13, 2012

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna



Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda
kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan
Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam 
peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi 
masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun
 dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah)
 telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah
menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang 
terakhir akan keluar ialah selepas
 Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar
 kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah 
kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang
 terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, 
kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka
 yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.”
 Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya,
 iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.”
 – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan 
muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw;
 “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?”
 Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan 
penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
 bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian, 

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan
 dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan 
dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim 
dan sikap yang buruk dalam tetangga.”
 – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
 orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, 
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
 – Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia 
akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina).
 Maka orang yang paling baik
 ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang 
dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya 
hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan 
salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
 – Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi 
hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda
 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita
 & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
 menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam 
menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang 
datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang
 belum pernah kamu dengar & belum pernah
 didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,
 kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka 
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian
 yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan
 banyak kesaksian palsu dan disembunyikan 
kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab
 kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai”
 – Sahih Muslim


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya 
dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang 
mencelupi rambut mereka dengan warna hitam 
seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan
 mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di 
kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang
 melayan mereka adalah putera-puteri raja,
 putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang 
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling
 baik (pilihannya).”
 – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
 “Datang kepada kami Rasulullah saw.
 dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.
 Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
 Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang
 hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: 
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat
 sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. 
Kemudian beliau menyebutkannya:
 “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
 tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, 
Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, 
sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang 
akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman
 yang akan menghalau manusia kepada Padang
 Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)


Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. 
dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar,
 akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. 

Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit 
yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman 
dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan
 meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang
 akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di 
Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman 
lagi kepada Allah swt.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada
 saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir 
dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. 
Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi 
yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan 
segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau
 juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat
 kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka
 berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
 bercampur tembaga yang telah didirikan oleh 
Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada
 zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur.

Gempa bumi di Barat.

Gempa bumi di Semenanjung Arab.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju 
ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah
 negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di
dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:
 “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari
 himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. 
bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului
segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan
 perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.
 Keadaan itu akan
 disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam 
(setelah belian turun dari langit).
 Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya
 adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang 
akan merosakkan sistem alam cakerawala
 yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya 
peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya 
binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang
 matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


Credit by: pieogiey_daniel