Monday, January 30, 2012

Latar Belakang PruBSN

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah ditubuhkan melalui gabungan 
Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kedua-dua
 buah syarikat adalah sangat kukuh di dalam bidang masing-masing.
 Pada awal tahun 2006, Bank Negara telah memberikan kelulusan kepada PruBSN
 untuk menjalankan urusniaga Takaful.


Prudential diasaskan pada tahun 1848. dan ia bermula sebagai sebuah syarikat
yang menerajui bidang perkhidmatan insurans nyawa dan pencen di United Kingdom.
 Kini, ia merupakan salah satu kumpulan syarikat perkhidmatan kewangan yang terbesar
 di dunia. Jenama Prudential telah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun melalui 
Prudential Assurance. BSN pula ditubuhkan pada tahun 1974, kini, ia mempunyai 
9 juta pemegang akaun, 5,100 kakitangan serta lebih daripada 400 rangkaian 
cawangan di seluruh Negara. BSN merupakan sebuah badan berkanun di bawah 
pengawasan Kementerian Kewangan.
Gabungan keduanya mewujudkan asas yang kukuh untuk PruBSN,
atas sebab Prudential Assurance mempunyai kepakaran dalam bidang 
pengedaran agensi dan BSN memiliki imej korporat yang membanggakan.
 Jenama dan identiti menyerlah kedua-dua syarikat telah mewujudkan peluang
besar untuk PruBSN mencapai perkembangan yang pesat di dalam Industri Takaful 
di negara ini.


Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan menepati peraturan 
Shariah bertaraf nasional. Kami juga ingin menyemai kepentingan nilai keluarga serta 
semangat bersatu di kalangan kakitangan, rakan perniagaan dan para pelanggan,
kerana di PruBSn, Kami Memahami, Kami Prihatin.


PruBSN merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian Takaful yang inovatif 
dan dinamik di kalangan industri Takaful di Malaysia. PruBSN merupakan pembekal 
Takaful yang pertama yang menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan; yang 
pertama telah memulakan pelan perubatan menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan;
 pembekal Takaful pertama yang menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 
bagi pelan-pelan perubatan melalui produk Takaful Kesihatan; yang pertama 
menawarkan tawaran peningkatan 5% di dalam jumlah yang dilindungi setiap 
3 tahun melalui pelan pelindung tambahan dan pembekal Takaful pertama 
yang menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan 
kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.


Sejak permulaan PruBSN, kami telah terlibat dalam perkongsian dengan institusi
 Perbankan tempatan untuk mencapai pengagihan yang lebih besar bagi membolehkan 
kami untuk berkhidmat dan memasarkan produk kami kepada awam. Sehingga kini, 
PruBSN telah menjadi rakan kongsi dengan Bank Simpanan Nasional, 
Affin Bank Berhad, Amanah Raya, Tabung Haji dan Bahagian Pinjaman Perumahan.

Dengan kehadiran jenama yang kuat dan servis kewangan yang inovatif yang 
ditawarkan oleh PruBSN, jumlah pelanggan kami pada masa kini telah 
melebihi 440,000 pelanggan.
Kenyataan Visi & Misi PruBSN


Visi

Menjadi Penyedia Perkhidmatan Kewangan Menepati
Peraturan Shariah Bertaraf Nasional.

Kenyataan Misi


  • Mewujudkan budaya inovasi yang mampu 
          menarik, membangun dan mengekalkan

          sumber manusia yang berbakat.

  • Mewujudkan suasana pekerjaan yang 
          dinamik, progresif dan positif.

  • Sentiasa meningkatkan dan mempertahankan 
          mutu pada produck dan perkhidmatan.
  • Bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan 
          di luar jangkaan pelabur.




Teras PruBSN
Boleh dipercayaiBertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam soal kerja dan peribadi.
HormatMenghormati sesama insan dan menjalinkan hubungan mesra.
MemahamiPara pelanggan dan kakitangan sentiasa diutamakan.
SenyumMempunyai sikap positif dan senyum selalu.
BekerjasamaBersikap tolong menolong dan menghulurkan bantuan tanpa diminta.

Monday, January 23, 2012

PRULink BSN Takaful

Dengan menyertai pelan Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan di Prudential BSN Takaful Berhad ( PBTB ), anda akan ditawarkan Pelan Jaminan Perlindungan Kewangan yang terbaik dari Takafulink. Satu pakej yang paling lengkap untuk anda atau keluarga anda.

Simpanan Anda, Pasangan Anda atau Simpanan Pendidikan Anak anda akan dilabur melalui pembelian unit-unit dana Takafulink yang berkualiti tinggi serta mematuhi prisip Syariah dan dipantau oleh Komiti Syariah PBTB dengan kawalan dari Bank Negara Malaysia. Rujuk di akhbar harian atauwww.prubsn.com.myuntuk mengetahui harga terkini bagi setiap dana. Simpanan jangka panjang hanya dari serendah RM3.33 sehari.

Anda akan mendapat kemudahan Takaful MediAssist (‘Medical Card’ yang pertama dalam industri Takaful – kemudahan kemasukan ke Hospital Pakar secara ‘express’) untuk sebarang jenis penyakit atau kemalangan (tertakluk pada terma dan syarat – rujuk kepada Wealth Planner anda). Ia pasti akan memenuhi keperluan hospital anda atau keluarga sepenuhnya sehingga umur 70 tahun.

Kebanyakan majikan memberikan kemudahan perubatan sehingga umur anda 55 tahun atau selagi anda masih bekerja sahaja, apabila anda bertukar majikan sudah tentu anda perlu memohon pelan yang baru, itu pun jika anda masih sihat dan pada masa itu sudah tentulah nilai caruman lebih tinggi dari sekarang.

Kos rawatan di Hospital Pakar dibayar oleh PBTB dengan peruntukan minimum dari RM500,000.00 sepanjang polisi dan jumlah tuntutan dari RM50,000.00 setahun (atau yang paling tinggi RM1,500,000.00 sepanjang polisi dengan tuntutan RM150,000.00 setahun) - Limit yang paling tinggi untuk Pelan Takaful di Malaysia. Hanya pelan ini yang anda perlukan untuk sepanjang hidup anda.

*Kadar bilik wad dari RM100.00 hingga RM400.00 sehari.
*Elaun Hospital dari RM200.00 sehingga RM400.00 sehari (ini penting terutama kepada anda yang bekerja sendiri)
*Elaun ICU sehingga RM800.00 sehari - Hanya Prudential menyediakan manfaat ini.
*Elaun Bedah sehingga RM12,500 bagi setiap prosedur pembedahan - Hanya Prudential menyediakan manfaat ini.
*Had tahunan yang tinggi.
*Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).
*Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
*Jaminan pembaharuan dan dijamin serta ketidakbatalan portfolio.
*Tiada jadual pembedahan yang terhad.
*Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.
*Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.
*Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).
*Penjagaan jururawat di rumah.
*Pembedahan balik hari.
*Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
*Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang berdasarkan had tahunan.
*Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan dari SOS International.
*Bukan "3rd Party Medical Card" - Segala proses tuntutan diuruskan sendiri oleh Prudential dan tidak melibatkan syarikat pihak ketiga.

Elaun hospital akan dibayar setelah anda keluar hospital. Bayaran kos hospital tidak akan menjejaskan jumlah/nilai yang telah anda carumkan. Untuk elaun hospital dan elaun cuti sakit, bayarannya tidak melibatkan nilai wang caruman atau nilai ‘Medical Card’ anda.

Faedah perlindungan 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya Kekal, bayaran sekaligus akan dibuat mengikut pilihan anda dan ‘Auto Saving' bermula. Pilihan dibuat untuk mengurangkan beban tanggungan semasa pencarum dijangkiti salah satu dari 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya Kekal.

Pampasan Kematian biasa atau akibat kemalangan, bayaran sekaligus akan dibuat bersama keuntungan dari unit-unit simpanan/pelaburan serta RM2,000.00 khairat kematian.

Faedah perlindungan ‘Personal Accident’ di mana-mana sahaja sama ada di jalan raya, di rumah, di tempat kerja atau di sekolah bagi anak-anak anda. Tuntutan bayaran bil rawatan sehingga RM2,000.00 bagi setiap kes kemalangan yang tidak dimasukkan ke wad termasuk kemalangan kecil (Tuntutan ini tidak mengganggu nilai caruman atau nilai ‘Medical Card’ anda).

Elaun Cuti Sakit (M.C. – disebabkan kemalangan) dibayar sekurang-kurangnya dari RM100.00 sehingga RM1,400.00 seminggu (bergantung kepada pilihan anda – berdasarkan nilai gaji/pendapatan tahunan dan kelas pekerjaan anda, ini penting terutama kepada anda yang bekerja sendiri)

‘Auto Saving’ ( Contributor Benefit ), sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal, anda tidak perlu lagi membuat caruman. PBTB akan menggantikan caruman untuk anda sehingga umur 80 tahun! Sekiranya keluarga di bawah tanggungan anda mempunyai Pelan Takafulink, mereka juga tidak perlu lagi membuat caruman yang akan datang, PBTB akan menggantikan caruman untuk mereka.

Untuk anak anda pula yang mempunyai Pelan Takafulink juga, sekiranya berlaku perkara tersebut ke atas diri anda, PBTB akan menggantikan carumannya sehingga umur 25 tahun! Walaupun anda tidak perlu lagi membuat caruman, kemudahan ‘Medical Card’ dan manfaat-manfaat sampingan diteruskan sehingga umur 70 tahun. Simpanan terjamin, kemudahan diteruskan!

Takaful Puteri - Pelbagai manfaat perlindungan dan pampasan khusus untuk wanita serta bayi. Manfaat penjagaan Ibu dan bayi. Sebagai persediaan kepada wanita muda yang bercadang untuk mendirikan rumahtangga. Pilihan boleh dibuat dari Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus.

Sijil Takafulink Fleksibel, sangat fleksibel!!... anda boleh memilih mana-mana yang anda mahu, sama ada mahu simpanan atau perlindungan yang lebih. Anda boleh membuat pengeluaran tunai pada bila-bila masa! Tiada tempoh matang untuk pengeluaran tunai. (untuk mendapat kemudahan ini pastikan Nilai Tunai anda melebihi RM4,000.00... contohnya, di dalam akaun anda ada RM10,000.00. Anda boleh keluarkan RM6,000.00 untuk sebarang kegunaan – minimum pengeluaran adalah RM1,000.00).

Dengan Pelan Takafulink dari PBTB yang sangat fleksibel, pastinya sijil anda tidak akan ‘laps’, walaupun anda tidak membuat caruman untuk beberapa bulan tetapi semua manfaat dari pelan anda diteruskan seperti biasa!. Caruman anda akan ditampung dengan keuntungan dari skim Simpanan Berpelaburan anda. Inilah perbezaan yang paling ketara di antara pelan Takafulink dari PBTB dengan kebanyakan ‘medical card stand alone’.

Takaful Saver - Satu rider untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi di bahagian simpanan anda bagi tempoh jangka masa panjang. Anda boleh menambah Takaful Saver pada bila-bila masa mengikut keperluan anda. Caruman di bahagian Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit saham berupa Unit Amanah yang berkualiti tinggi.

Faedah Persaraan, ini akan menjadi sebagai faedah untuk persaraan hari tua anda. Dari Pakej Simpanan dan Pelaburan, anda tidak perlu risau tentang persaraan anda kelak terutama kepada anda yang bekerja sendiri dan tidak membuat sebarang simpanan atau caruman di KWSP (samada anda menggunakan ‘Medical Card’ atau tidak, simpanan dan keuntungan dari pelaburan anda tetap tidak terusik).

Dengan ‘profit sharing’ yang berkonsepkan mudharabah, pasti keuntungannya lebih tinggi dari simpanan biasa. Semestinya simpanan anda tidak hangus!

Dapatkan perlindungan yang menyeluruh hanya dari Prudential BSN Takaful Berhad.